menjujung adat


Menjunjung Adat:
Ikan berenang di dalam lubuk, ikan belida dadanya panjang,
Adat pinang pulang ke tampuk, Adat sireh pulang ke gagang.

SIREH

Pokoknya tumbuh renek dari jenis melilit dan memerlukan sandaran. Selalunya dianggap membawa maksud berhati mulia, rendah diri, berani dan tidak mudah berputus asa demi mencapai segala cita-cita yang diingini.

PINANG

Pokoknya tumbuh lurus ke atas dan berbuah lebat dalam setandan. Buahnya dari jenis bulat dan perlu dikopek untuk mendapatkan isinya yang berwarna coklat , keras dan kelat rasanya.

Pokok ni ada banyak kat belakang rumah kita dulu-dulu kat kampong, tapi sekarang dah tinggal beberapa pokok je abis suma kena tebang akibat nak tanam pokok pisang..hmmm..pisang punya pasal..heheh..

Pabila dibelah dua maka nampaklah empulurnya atau hatinya yang putih. Melambangkan keturunanyang baik-baik, berhemah tinggi dan berhati suci.

KAPUR

Didapati dari kerang atau batu kapur. Rupanya bersih dan dengan secalit dapat memberi rasa payau dan hangat pada sireh. Boleh melecur lidah jika terlebih makan. Melambangkan hati yang tulus suci tetapi boleh memberontak jika di cabar.

GAMBIR

Diperolehi dari daun gambir yang di rebus dan di saring. Rasanya kelat pahit memberi maksud hati cekal seorang insan.

Pokok ini sangat susah sudah untuk di jumpai di tempat saya, khabarnya negeri Sarawak kaya dan banyak serta senang nak dapat, betul ke ni? Tidak tahulah kena nak tanya orang sana nih, juga amat berfungsi untuk kesihatan kaum adam.. Jangan salah guna ye.. heheh..

TEMBAKAU

Di buat dari daun tembakau, dihiris dan dikeringkan agar tahan lama. Rasanya pahit dan boleh memabukkan jika diambil dalam jumlah yang sangat banyak. Masyarakat dahulu menganggap ia lambang kejelitaan wanita yang berhati waja dan sanggup berkorban, betul ke? 

CENGKIH

Berwarna hitam coklat gelap. Sebiji sahaja akan memberi rasa pedas pada lidah tetapi menyegarkan. Membayangkan keutuhan prinsip dan mampu memberi kesan di hati meskipun kecil bentuknya.

Bunga cengkih ni selalu juga di campurkan ke dalam sesetengah jenis masakan untuk menimbulkan haruman aroma yang sedap.

Pengertian seracik gambir dan sekacip pinang yang dibalut bersama sireh bercalit kapur, seurat tembakau dan sekuntum bunga cengkih merupakan simbolik rasa kelat, pedas, manis, dan pahit suatu ikatan perkahwinan itu.

Betapa simbolik, unik dan indahnya budaya melayu, jadi usah biarkan warisan lama kita di telan zaman. Orang kata biar mati anak jangan mati adat. Betul ke?.. uii..kalau aku sayang anak, susah nak dapat buat tu.. heheheh..


.ilmu tetap dikongsi.....
wassalam..



note:gambar tiada kena mengena

2 comments:

myQza said...

dah lama tak jumpa pokok pinang yang tinggi melampai.. Kalau pokok sirih tu selalulah.. :D

mimi momo kodomo lion said...

avang tu masak ape...comel dpur die...cerek pon die klasik abish....die jual x....ngehehehe

citcat


Free chat widget @ ShoutMix

PESANAN

ini semua dunia!! semua mende da tulis dah..!!

Followers