
ZAKAT FITRAH
PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
![]() | Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya. |
![]() | Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari. |
![]() | Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya. |
![]() | Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan. |
1 comment:
zakat wajib dilaksanakan utk membersihkan diri dari perkara2 yg xelok..semoga amalan kite diterima Allah s.w.t,amin!
Post a Comment